PTPC2022

1. KATEGORI

1.1 Penyertaan adalah TERBUKA

2. TEMA

2.1 Terdapat dua tema penyertaan yang diketengahkan bagi pertandingan ini, iaitu:
a) Produk-Produk Baharu Pelancongan Putrajaya (Glamping, Tangga Putrajaya, Sandy Beach) & Tarikan Alam Semula Jadi dan;
b) Senibina Di Putrajaya (Bangunan, Jambatan, Monumen, Dataran termasuk Pencahayaan Malam)

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

3.2 Penyertaan adalah percuma.

3.3 Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Febuari 2022 hingga 30 Jun 2022. Gambar yang dipertandingkan mestilah diambil dalam tempoh pertandingan tersebut.

3.4 Gambar yang diambil perlulah di dalam kawasan Putrajaya atau mempunyai latar belakang Putrajaya sahaja.

3.5 Peserta boleh menghantar maksimum lima (5) gambar penyertaan setiap tema. Setiap borang penyertaan hanya tertakluk kepada satu tema sahaja. Sila gunakan dua borang penyertaan sekiranya berminat untuk menyertai keduadua tema yang dinyatakan.

3.6 Semua gambar yang dihantar untuk penyertaan mestilah dalam bentuk digital (format JPEG).

3.7 Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.

3.8 Anda dibenarkan untuk melakukan sentuhan digital menggunakan perisian komputer namun tidak dibenarkan membuat gambar manipulasi. Contoh gambar manipulasi seperti teknik cantuman, super impose, photography tricks dan lain-lain.

3.9 Peserta haruslah menghantar gambar dengan resolusi tinggi (minimum 300 dpi).

3.10 Semua gambar yang dihantar untuk pertandingan ini mestilah merupakan gambar asli daripada peserta pertandingan dan tidak pernah digunakan oleh mana-mana publikasi.

3.11 Ahli jawatankuasa, pihak penganjur, ahli terdekat penganjur, rakan penaja, ahli terdekat rakan penaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

3.12 Penggunaan model, selebriti, individu di dalam gambar perlulah mendapat kebenaran bertulis dari individu tersebut dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan daripada pihak penganjur.

3.13 Peserta hanya boleh menghantar borang penyertaan dan gambar-gambar pertandingan melalui pautan yang disediakan di laman sosial rasmi pertandingan di Facebook (Putrajaya Tourism Photo Contest) dan Instagram (@ptpc2022 dan @perbadananputrajaya). Sila rujuk langkah-langkah penyerahan penyertaan seperti yang dinyatakan di laman sosial berkenaan.

3.14 Hanya penyertaan yang lengkap dengan butir-butir diri beserta maklumat gambar yang hendak dipertandingkan akan diterima dan dinilai. Pengesahan penerimaan penyertaan akan dihantar ke email peserta dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas penyerahan dibuat. Sila hubungi penganjur pertandingan di nombor atau e-mel yang tertera di bawah sekiranya anda masih belum menerima sebarang pengesahan dalam masa tujuh (7) hari selepas penyerahan.

3.15 Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati peserta melanggar salah satu syarat yang disebutkan di atas atau terdapat sebarang unsur penipuan walaupun pengumuman pemenang sudah dilakukan.

3.16 Setiap penyertaan bermaksud peserta bersetuju dengan terma dan syarat pertandingan.

3.17 Semua keputusan juri ada lah muktamad. Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.

3.18 Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama-nama para pemenang akan dimaklumkan kelak.

3.19 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada Prosedur Keselamatan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Putrajaya, serta perkembangan terkini pandemik COVID-19 yang akan diumumkan dari masa ke semasa.

4. KRITERIA PENGHAKIMAN

4.1 Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel juri profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan juri adalah muktamad.

4.2 Penilaian dan penjurian adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.

5. HAK MILIK

5.1 Pihak Perbadanan Putrajaya berhak untuk menggunakan gambar-gambar daripada semua penyertaan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan
percetakan. Sekiranya sebarang foto digunakan untuk tujuan promosi oleh pihak penganjur, peserta yang berkenaan akan diberi kredit foto.

5.2 Hanya gambar-gambar pemenang pertandingan akan menjadi hak milik Perbadanan Putrajaya dan tidak boleh digunakan oleh jurufoto tersebut untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan.

6. HADIAH

6.1 Produk-Produk Baharu Pelancongan Putrajaya (Glamping, Tangga Putrajaya,
Sandy Beach) & Tarikan Alam Semula Jadi:
Tempat pertama : RM 4,000.00
Tempat kedua : RM 2,000.00
Tempat ketiga : RM 1,000.00
5 hadiah saguhati : RM 200.00 seorang

6.2 Senibina Di Putrajaya (Bangunan, Jambatan, Monumen, Dataran & Termasuk
Pencahayaan Malam):
Tempat pertama : RM 4,000.00
Tempat kedua : RM 2,000.00
Tempat ketiga : RM 1,000.00
5 hadiah saguhati : RM 200.00 seorang

7. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

7.1 Keputusan akan diumumkan di Facebook/Instagram rasmi Putrajaya Tourism Photo Contest 2022 dan media sosial Perbadanan Putrajaya. Setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

7.2 Penyampaian hadiah dan pameran gambar-gambar pemenang akan dipamerkan semasa majlis penyampaian hadiah yang akan dimaklumkan kelak.

8. NOTA

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:

Sekretariat Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya
Unit Pelancongan,
Bahagian Komunikasi Korporat,
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Blok B, Aras 7,
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Tel. : 603-8887 7583 (Pn. Nur Dalilah Zainudin)
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Atau,

Nature Educational Society (NEST)
Tel. : 6011-2082 1960 (En. Hatta)
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.